Islamic Preferences Shares...Contact Kami SEGERA 0134555888

Penipuan Scammer Pinjaman Peribadi

Penipuan Scammer Pinjaman Peribadi

Scammer Personal Loan
Scammer Personal Loan

Adakah anda rasa anda ditipu oleh scammer personal loan atau scammer pinjaman peribadi? Bukan internet sahaja ye, penipu sekarang boleh jadi dalam surat khabar dan juga melalui panggilan telefon. Oleh yang demikian, anda perlu tahu sifat-sifat penipu pinjaman peribadi atau scammer personal loan ni.

Tiada Upfront Fee Deposit Untuk Pinjaman Peribadi
Tiada Upfront Fee Deposit Untuk Pinjaman Peribadi

1) Bayaran pendahuluan, deposit, upfront, duit Proses, duit pendahuluan sebelum mendapat duit pinjaman
= Untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan, tiada bank atau koperasi yang mengenakan sebarang duit awalan yang perlu dibayar oleh peminjam. Pelbagai taktik dan alasan digunakan oleh scammer antaranya, perlu bayar deposit dua bulan dan sebagainya. Ada juga scammer yang menggunakan alasan bahawa sepatutnya client tak lulus loan, tapi dengan sedikit duit kopi, pinjaman akan dapat diluluskan.

Tiada bayaran kepada ejen selepas pinjaman diluluskan
Tiada bayaran kepada ejen selepas pinjaman diluluskan


2) Bayaran tunai kepada ejen apabila pinjaman diluluskan
= Ya, memang tidak perlu bayar sesen pun kepada ejen pinjaman peribadi. Jika anda apply di kaunter bank, pegawai tersebut pun anda tak perlu datang dan bayar sejumlah wang kepada beliau! Sila laporkan kepada polis jika ejen pinjaman peribadi atau pegawai bank tersebut meminta wang tunai sabagai caj atau upah kerana pinjaman diluluskan. Ketahuilah bahawa pinjaman anda lulus kerana kelayakan anda dan tiada kena mengena dengan individu yang menguruskan permohonan.

Blacklist Senaraihitam Pinjaman Peribadi
Blacklist Senaraihitam Pinjaman Peribadi

3) Ada blacklist bank, senaraihitam boleh memohon
= Anda perlu faham, orang yang telah blacklist bank dan senarai hitam tak boleh mohon kecuali ada dua kondisi:
- Bank settlekan baki existing loan yang blacklist dan baki baru serah kepada peminjam.
- Anda mohon pinjaman kepada pihak koperasi dimana pihak koperasi tidak peduli rekod anda dengan pihak bank (rekod blacklist) tapi anda akan dioffer rate interest lebih tinggi sedikit dari normal.
* kedua-dua situasi ini, anda boleh hubungi saya untuk khidmat nasihat.

Tiada Koperasi atau Bank yang minta serah kad kredit atm debit untuk mohon pinjaman peribadi
Tiada Koperasi atau Bank yang minta serah kad kredit atm debit untuk mohon pinjaman peribadi

4) Anda dikehendaki menyerahkan kad kredit atau kad ATM atau kad debit beserta dengan nombor pin
= Ini memang style macam ah long. Mana ada buat pinjaman kena serahkan cagaran. Ini memang mengarut sama sekali. Anda hanya perlu mohon, kalau layak dan anda setuju dengan jadual bayaran, duit akan masuk akaun bank anda. Itu sahaja.

Pinjaman Peribadi Dijamin Lulus
Pinjaman Peribadi Dijamin Lulus
5) Pinjaman Peribadi dijamin lulus
= Ini adalah tidak benar sama sekali, walaupun kadang-kadang blacklist boleh lulus pinjaman, tak semestinya semua kes akan lulus. Masih ada yang tidak lulus. Ini semua bergantung kepada kelayakan dan pihak yang meluluskan pinjaman (samada koperasi atau bank). Masing-masing ada kriteria masing-masing dan tahap minimum mohon. Jika jaminan 100% diberikan, maka itu terlalu optimistik dan boleh dianggap menipu pelanggan. Sila berhati-hati ya.


Contoh kes penipuan pinjaman peribadi yang kerap berlaku:


Saya aizat dr cheras kl, saya ringkaskan cerita. Kawan office saya (AZLINA BINTI ISMAIL) memperkenalkan tentang personal loan dari MARA sebanyak RM20K bulanan dlm RM450. Konon nya kawan dia boleh bantu bagi sesiapa yang ada BLACKLIST untuk buat personal loan.

KAK LINA bagi tahu pada saya yang loan ni kena UPFRONT (RM650 prosessing) + (RM300 Insurance) = RM950, disebabkan nama saya BLACKLIST dan x boleh nak buat loan di mana2 bank dengan keadaan terdesak saya pun buat pinjaman di SYARIKAT CREDIT a.k.a AH LONG (nak pinjam kat kawan2 atau adik beradik mmg payah) untuk membayar UPFRONT tu tadi.

Lepas saja dapat duit tu saya pun call AZLINA BINTI ISMAIL ni tadi no dia (012-394 6960 / 019-302 4102). Dia suruh saya bank-in kan segera untuk mempercepatkan proses. Saya ditemani kawan saya EMILIA pergi ke MAYBANK AMPANG PARK untuk bank-in duit prosessing tu (RM650) no akaun saya x berapa ingat sebabnya slip yang saya bank in tu dah pudar tetapi penama akaun tu adalah nama seorang lelaki.

Selepas bank in saya call balik kak lina tu tadi untuk mengonfirm kan yang saya dah bank in.Dia cakap tunggu 3 hari untuk approval. Selepas 3 hari saya dapat SMS dari kak lina, katanya loan saya dah approve, dan saya kena bank in duit insurance pulak (RM300) dalam minggu depan baru dapat duit katanya.

Rupa-rupanya kawan saya EMILIA yang teman kan saya bank in duit upfront tu pun buat jgk loan dgn kak lina ni tanpa pengetahuan saya. Dia pun dah bank in RM950 tu. Seperti hari yang dijanjikan saya dan EMILIA pun tunggu panggilan dari kak lina. (Sebelum tu kak lina tak bagi kami berurusan direct dengan kawan dia tu) apa-apa urusan direct dgn kak lina sahaja.

Pagi tu saya SMS kak lina untuk bertanya kan status loan dan bila duit tu release, dan juga tentang aggrement. Dia kata nanti dulu sbb dia tengah tunggu kawan dia yang keje MARA tu call dia. Tunggu punya tunggu kak lina x call, saya dan EMILIA dah syak ada sesuatu yang tak kena.

Di pendek kan cerita kami call kak lina dia x angkat2 sms pun x reply, last dia sms dia marah2 dia cakap "korang ni tak sabar2" kami pun pelik la apasal la mak janda ni nak marah2 pulak, benda ni berlanjutan selama sebulan... saya fikir balik mati lah aku nak bayar hutang along A dan along B, saya buat loan ni sbb nk settle hutang ah long A ni, tak pasal2 berhutang dgn ah long B untuk bayar duit UPFRONT tu tadi.

Selepas seminggu kak lina beritahu yang kawan dia yg keje MARA tu nak jumpe area SHAH ALAM pukul 1 untuk sign aggrement. Kami pun datang ke SECTION 13 SHAH ALAM jam 12. Sampa je kak shah alam, sy sms kak lina yang kami dah sampai. selepas beberapa minit kak lina cakap kawan dia lambat sikit. kami pun rasa x selesa. Sampai pukul 3 petang kami tggu call x jawab sms x reply. Kami pun balik ke KL (dalam hati dah berkata "aku dah kena tipu ni, mati lah mcm mana nak settle duit ah long")

Lepas kami desak kak lina, kak lina pun bagi no kawan dia yang keje MARA tu. Nama dia saya x tahu, dia suruh saya panggil dia "KAK" sahaja.Bila call dia xkan angkat urusan dengan SMS sahaja. no hp dia (012-920 8417 & 017-284 0317) bila call dia angkat tapi dia senyap xkan cakap.

Semasa sy deal dgn kawan dia tu pulak dalam bulan puasa. Dah la nak pakai duit utk raya. dia janji kan yang duit akan dapat sebelum raya, dia siap sms, "aizat jgn risau akak tak tipu, raya ni aizat beraya sakan". mmg manis la janji2 dia. berlarutan jugak la katanya loan dah approve kena tunggu payment, sbb bos tak sign check lagi.

Saya dan Emilia bersetuju untuk cancel kan loan tu tadi dan kakak yang keje MARA tu pun berjanji akan pulangkan.

berlarutan lagi sampai hari ni, janji nak bank in balik duit upfront tu tapi x bank in lagi setelah maki hamun puas2 perempuan tu.



*BILA CALL MARA, ORANG MARA CAKAP MARA TAK ADA BUAT PERSONAL LOAN TAPI DULU ADA.

Rujukan = http://www.majalah.com/?classified.personal-loan-tipu.9G0B910P01


Perhatian semua, untuk semak kes yang anda ragui boleh ke Facebook = https://www.facebook.com/Senarai.Penipu.Online.Malaysia.Detail


Untuk memohon pinjaman peribadi dari pihak koperasi atau bank yang anda boleh confident, anda boleh berhubung dengan saya, Bro FairuzRamli. Tiada sebarang unsur penipuan. Anda apply free sahaja, lulus anda yang dapat duit. Saya hanya ejen yang uruskan permohonan sahaja (saya dah ada komisyen KPI saya sendiri). Anda tak perlu bayar apa-apa pada saya untuk urusan permohonan ini. Urusan professional.




Untuk lebih Tips Terkini, Sila LIKE Page FB Saya https://www.facebook.com/personalloankerajaanterbaik

Jika Anda SERIUS nak apply PERSONAL LOAN KERAJAAN, Semak Dulu Kelayakan SEKARANG! (Free Sahaja)